Institut Kanser Negara

Ikuti Kami

Alamat:

Institut Kanser Negara, Presint 7, 62250 Putrajaya

Tel:

03-88925555 (6211) /
012-5450084

Emel:

pimadya@nci.gov.my
uhei.ikn@gmail.com

Elemen-elemen

PENGAMAL PERUBATAN

Pentadbiran dan Pengamal Perubatan merupakan asas terpenting dalam melakukan perubahan daripada konsep yang sedia ada kepada konsep HMI dan dimantapkan dengan aktiviti yang bersepadu dan sentiasa berkekalan kepada seluruh peringkat organisasi sehinggalah kepada pesakit dengan memfokuskan kepada perubahan amalan dengan unsur-unsur keimanan, amalan, pemikiran dan kebersihan hati setiap pekerja.

01

PERALATAN UNTUK MEMBANTU PESAKIT

Troli Ibadah mudah-alih, pek tayamum, kain dan telekung serta alat bantuan yang kreatif untuk membantu pesakit melakukan ibadah disediakan dengan mencukupi dan berfungsi dengan baik.

02

PERSEKITARAN

Mewujudkan persekitaran dan suasana HMI di dalam institusi perubatan dengan menekankan amalan-amalan yang perlu dijadikan rutin oleh pengamal perubatan seperti pengisian kerohanian, salam, selawat, doa, ceramah, tazkirah, poster, risalah dan jadual waktu pesakit semasa menerima rawatan yang membolehkan pesakit melakukan ibadah seperti contoh solat berjemaah bersama ahli keluarga. Solat fardhu dilakukan secara berjemaah bersama-sama dengan pesakit disamping kemudahan bilik solat di wad atau berhampiran, bauan aromaterapim hiasan dan poster serta ketersediaan kitab-kitab doa, hadith dan Al-Quran di setiap sudut atau ruang Hospital Mesra Ibadah.

03

LATIHAN

Latihan yang berterusan oleh pengamal perubatan muslim seperti konvensyen kebangsaan HMI dan seminar/latihan dalaman dan luaran yang meletakkan pengisian rohani sebagai teras.

04

HAK PESAKIT / KEPERLUAN KEISTIMEWAAN

Kemudahan HMI termasuklah mewujudkan Unit Hal Ehwal Islam yang menguruskan hal ehwal HMI disamping menjadikan tempat rujukan dan nasihat yang melibatkan hukum dan fatwa.  Khidmat kaunseling pesakit dan staf juga disediakan selain daripada kemudahan pengurusan jenazah dan audit islam dalam pergerakan/fungsi institusi perubatan  seperti prosedur atau kebebasan  memilih rawatan.

05