Institut Kanser Negara

Ikuti Kami

Alamat:

Institut Kanser Negara, Presint 7, 62250 Putrajaya

Tel:

03-88925555 (6211) /
012-5450084

Emel:

pimadya@nci.gov.my
uhei.ikn@gmail.com

Fasiliti / Kemudahan

Fasiliti / Kemudahan IKN HMI

1. Surau

Terdapat 26 unit surau/bilik solat di IKN yang boleh digunakan oleh kakitangan dan para pelanggan setiap waktu solat. Pengimarahan (menggerakkan/menghidupkan suasana) surau/bilik solat ini dilakukan oleh Skuad Imarah Surau yang dilantik oleh Jawatankuasa HMI IKN. Nama tokoh-tokoh cendekiawan Islam dipilih menghiasi setiap surau/bilik solat di IKN.
2. Troli Ibadah

Troli Ibadah di IKN menyediakan penyembur wudhuk, debu tayamum, tasbih digital, mushaf Al-Quran, naskah Yasin, Panduan Ibadah Solat dan lain-lain keperluan untuk beribadah seperti kain pelikat, telekung dan sejadah bagi memudahkan para pesakit melaksanakan solat di dalam wad. Troli ini dipantau oleh Sahabat HMI yang dilantik disetiap wad.