Institut Kanser Negara

Ikuti Kami

Alamat:

Institut Kanser Negara, Presint 7, 62250 Putrajaya

Tel:

03-88925555 (6211) /
012-5450084

Emel:

pimadya@nci.gov.my
uhei.ikn@gmail.com

Fungsi

Fungsi IKN HMI

“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan…” : al-Insyirah 5-6

Institut Kanser Negara melaksanakan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang mengamalkan kecemerlangan perhidmatan dengan memfokuskan kepada kesejahteraan pelanggan melalui penerangan dan penghayatan nilai-nilai Islam para pekerjanya bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang, pelanggan memperolehi kesejahteraan serta pekerja yang berbudi pekerti.

Sebagai sebuah institusi perubatan yang bertunjangkan kerja sebagai ibadah, kesemua tanggungjawab yang dilaksanakan adalah bagi mencerminkan keindahan Islam secara praktikal dalam bidang perubatan bagi mendekatkan manusia kepada Allah selain melaksanakan semua tuntutan kerja dengan ikhlas dan amanah yang memerlukan perawat dan pesakit mestilah saling bantu membantu bersama-sama menjalankan ibadah dan menjauhi kemungkaran.