Institut Kanser Negara

PPZ - MAIWP

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) adalah sebuah institusi berstatus amil korporat yang dipertanggungjawabkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan dalam mengutip zakat di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan manakala agihan pula dipertanggungjawabkan dan dilaksanakan oleh pihak Baitulmal-MAIWP.

Pelbagai aktiviti telah dirangka dan dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP dalam usaha meningkatkan kesedaran berzakat bagi mereka yang layak berzakat untuk membantu golongan asnaf yang tidak berkemampuan dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebagai sebuah hospital yang melaksanakan Program Hospital Mesra Ibadah (HMI), program-program penerapan dan penghayatan nilai-nilai Islam di hospital merangkumi pengurusan ibadah pesakit, penghayatan nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugas harian dan khidmat nasihat kerohanian amat diperlukan kepada kakitangan hospital, keluarga, pesakit dan waris yang beragama Islam.

Kerjasama erat Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah Institut Kanser Negara (HMI IKN) dan PPZ-MAIWP telah terjalin erat bermula 2019 dengan pelaksanaan pelbagai program bukan sahaja kepada kakitangan tetapi juga kepada para pesakit. Usaha murni berterusan PPZ-MAIWP ini telah memberikan kesedaran dan menarik minat lebih ramai kakitangan untuk berzakat.

Program-Program kerjasama yang telah dilaksanakan:

  1. Program Sembang Teh Tarik Bersama PPZ-MAIWP
    Tarikh : 4 Oktober 2019
  1. Program Santai Rahmah Memburu Bahagia
    Tarikh : 10 Oktober 2019
  1. Program Santai Rahmah Memburu Bahagia 2.0
    Tarikh : 11 Februari 2020

Sumbangan yang telah diterima IKN:

  1. Bantuan Food Bank Musaadah Covid-19
  2. Sumbangan Khairiat Kematian
  3. Sumbangan Keperluan Saringan Covid-19
  4. Penerbitan Video Ringkas HMI IKN TV Channel
Scroll to Top