Institut Kanser Negara

PROGRAM RAKAN MASJID DAN HOSPITAL (RAMAH)

JAKIM merupakan agensi yang bertanggungjawab sebagai penyelaras dalam melaksanakan program Hal Ehwal Islam di peringkat persekutuan termasuk menyelaras program takmir di masjid dan surau seluruh Malaysia. JAKIM juga menyelia secara langsung Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abdin serta Masjid Wilayah Persekutuan melalui Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

 

Program RAMAH adalah susulan dari kunjungan hormat oleh KP JAKIM ke Pejabat Ketua Pengarah KKM pada bulan November 2018. Hasrat Ketua Pengarah JAKIM untuk mewujudkan masjid sebagai rakan hospital disambut baik oleh Ketua Pengarah KKM.

 

JAKIM mencetuskan idea program rakan masjid hospital yang melibatkan masjid dan hospital selari dengan gagasan kerajaan baharu yang menerapkan pendekatan Islam sebagai agama rahmah kepada seluruh alam (Rahmatan Lil‘ alamin) dan usaha dakwah kepada masyarakat dengan slogan “Melebar Risalah, Menyantuni Ummah”.

 

Program RAMAH merupakan inisiatif khusus dengan menjadikan hospital sebagai rakan masjid bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat/ Corporate Social Responsibility (CSR) menurut perspektif Islam.

objektif

  1. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen CSR bagi menambah baik kualiti dan nilai hidup pesakit, keluarga dan persekitaran.

  2. Meluaskan peranan dakwah bil hal masjid dengan menerapkan budaya murni dan akhlak Islam dalam kalangan kakitangan hospital.

  3. Mewujudkan hubungan dan kerjasama lebih erat dan berterusan ke arah melebarkan risalah dan menyantuni ummah khususnya dalam kalangan warga hospital.

ASAS-ASAS PERTIMBANGAN

JAKIM sebagai agensi Islam di peringkat pusat harus turut berperanan dalam program CSR hospital melalui program RAMAH. Program CSR hospital telah lama diadakan oleh pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

 

Program RAMAH merupakan pendekatan CSR menurut perspektif Islam berdasarkan Maqasid Syariah melalui penjagaan nyawa dan akal (Hifz al-Nafs dan al-’Aql) dan Islam sebagai rahmah kepada sekalian alam yang turut merangkumi kalangan pesakit, keluarga dan persekitaran.

 

Menyahut seruan kerajaan supaya menyantuni masyarakat yang memerlukan dengan istilah ‘turun padang’ bagi memberi khidmat dan sumbangan secara langsung.

Keperluan mempelbagaikan aktiviti masjid dan usaha dakwah bil-hal melalui penganjuran program bersama-sama pihak hospital. Tinjauan berdasarkan program ziarah hospital yang dilaksanakan oleh masjid utama JAKIM sebelum ini menunjukkan hasil dan sambutan yang sangat baik.

 

Urus setia RAMAH akan merancang dan melaksanakan program dan aktiviti RAMAH secara berkala dan berterusan berdasarkan konsep Hospital Mesra Ibadah (HMI) yang telah sedia dilaksanakan melalui kerjasama JAKIM dan KKM sejak tahun 2006. Antara program dan aktiviti RAMAH ialah:

 

  1. Ziarah mahabbah
  2. Bimbingan Ibadah pesakit
  3. Spiritual Care (Khidmat nasihat, bimbingan pesakit dan sokongan moral)
  4. Bantuan dan sumbangan
  5. Edaran bahan-bahan bercetak
  6. Program lain mengikut keperluan dan kesesuaian

PROGRAM JUADAH KASIH RAHMAH 2019

Scroll to Top