Institut Kanser Negara

Ikuti Kami

Alamat:

Institut Kanser Negara, Presint 7, 62250 Putrajaya

Tel:

03-88925555 (6211) /
012-5450084

Emel:

pimadya@nci.gov.my
uhei.ikn@gmail.com

Sukarelawan

Islam memberikan petunjuk yang amat menggalakkan akan amalan kesukarelaan melalui ayat al-Quran yang merujuk konsep fastabiqul khairat, iaitu berlumba-lumbalah berbuat kebajikan.

Firman Allah Subhanahuwata‘ala:

يُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَيَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَيَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَيُسَٰرِعُونَ فِي ٱلۡخَيۡرَٰتِۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ

Mereka beriman kepada Allah dan hari penghabisan, mereka menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah yang mungkar dan bersegera kepada (mengerjakan) pelbagai kebajikan, mereka itu termasuk orang yang soleh.

(Surah Al-Imran : 114)

Sukarelawan HMI IKN diwujudkan bermula 3 Februari 2020 bagi membantu para pesakit melaksanakan ibadah dan memberikan sokongan untuk memenuhi keperluan sosial, kebajikan dan emosi ketika menjalani rawatan di IKN.

SKOP KERJA

Skop kerja meliputi:

  1. Membantu dan membimbing pesakit melaksanakan ibadah solat.
  2. Memberikan sumbangan ekonomi kepada pesakit yang memerlukan bantuan.
  3. Menjadi tali penghubung dan pemudahcara bagi golongan yang dermawan dan para panyumbang.
  4. Menyediakan khidmat bimbingan kaunseling percuma untuk mereka yang memerlukan.
  5. Memberikan sokongan moral kepada pesakit dan ahli keluarga.
  6. Mengadakan program-program tarbawi demi menyelamatkan seperti mengadakan perkhemahan, rekreasi, ekspedisi, sukan, kesenian Islam, lawatan, pameran dan pertandingan-pertandingan.