Institut Kanser Negara

Ucapan Pengarah

KATA ALUAN

DR. MOHD ANIS BIN HARON @ HARUN
Pengarah / Pengerusi HMI IKN

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya kita masih diberi peluang dan ruang untuk menjalani kehidupan sebagai hamba-Nya di dunia ini. Selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda, para sahabat baginda yang diredhai. 

Bertunjangkan kerja sebagai ibadah, setiap warga kerja IKN merupakan petugas barisan hadapan yang bertanggungjawab melaksanakan tugas dengan ikhlas dan amanah bagi mencerminkan keindahan Islam secara praktikal bagi mendekatkan manusia kepada Allah melalui wasilah-wasilah tarbiyah yang berkonsepkan mesra ibadah.

IKN bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk terus mengembangkan Program HMI ini dengan mewujudkan sebuah portal khas  dalam usaha mempamerkan kredibiliti HMI IKN dalam pelbagai aspek dalam merekayasa kreativiti dalam berdakwah.

Akhir kata, kita berdoa agar usaha kecil ini akan diterima sebagai bukti pengabdian kita kepada Allah SWT. Insya Allah.

Scroll to Top