Perkhidmatan

Bacaan Doa Harian

Bacaan Doa Harian dilaksanakan di IKN dan dibacakan secara langsung melalui sistem siaraya. Pembaca doa yang dilantik dari kalangan warga kerja akan membacakan doa pada setiap pagi hari bekerja dan doa pertukaran syif. Doa yang dibaca adalah dengan merujuk kepada garis panduan dan standard yang telah disediakan dan dibangunkan oleh Jawatankuasa Hospital Mesra Ibadah (HMI) dan Unit Hal Ehwal Islam sebagai panduan pelaksanaan dan penyelarasan mengikut standard persijilan HMI.