Program Rakan Masjid Hospital (RAMAH) adalah susulan dari kunjungan hormat oleh KP JAKIM ke Pejabat Ketua Pengarah KKM pada bulan November 2018. Hasrat Ketua Pengarah JAKIM untuk mewujudkan masjid sebagai rakan hospital disambut baik oleh Ketua Pengarah KKM. JAKIM mencetuskan idea program rakan masjid hospital yang melibatkan masjid dan hospital termasuklah institusi khas seperti IKN selari dengan pendekatan Islam sebagai agama rahmah kepada seluruh alam (Rahmatan Lil‘ alamin) dan usaha dakwah kepada masyarakat dengan slogan “Melebar Risalah, Menyantuni Ummah.”
Program RAMAH merupakan inisiatif khusus dengan menjadikan hospital sebagai rakan masjid bagi melaksanakan tanggungjawab sosial korporat/ Corporate Social Responsibility (CSR) menurut perspektif Islam. Melalui platform RAMAH ini, kerjasama IKN dan MTMZA telah memasuki tahun ketiga dengan memberikan pelbagai manfaat dan rahmat kepada semua warga kerja dan pelanggan.